Pages

Monday, May 23, 2016

Jom Sue & Tuya Shell Out Section U4 Shah Alam @RM50

Cuti minggu hari Ahad pi makan makanan laut yang beralaskan kertas di atas meja tanpa pinggan di Sue & Tuya Shell Out yang bertempat di Subang Bestari.
Kalau tak silap tempat ni baru sahaja dibuka tak sampai 3 bulan lagi. Nak makan bawah khemah pun boleh.
Kalau tak nak, boleh aja makan kat dalam restoran tu. Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Boleh datang bermula pukul 5 petang hingga 12 tengah malam.
Restoran Sue & Tuya ni tak macam di Ocean Hauz ataupun Shell Out di Kota Damansara yang mana sebelum kita makan tu kena pilih dan timbang dulu makanan laut tu. Kat Sue & Tuya tu ianya didatangkan dalam set yang berharga RM50, ada 2 ekor ketam yang dimasak cili, udang buttermilk, sotong kari dan juga pepahat, kijing atau lala dimasak sweet sour. So dapatlah seafood 4 jenis untuk RM50 bagi 2-4 orang bolehlah.

Anyway harga ni tak termasuk dengan nasi ataupun air.
Harga air di Sue & Tuya ni memang berpatutan. Anyway konsep yang ingin dipertengahkan oleh pemilik restoran ni, Suraya dan kakaknya Suhaila adalah set shell out mampu bayar. Memang harga sangat berpatutan. 
Kejap aja, lepas duduk dan order datanglah staff mereka untuk letakkan kertas atas meja dan tak sampai 5 minit diaorang bawa seafood dalam lima bekas yang berbeza. Ada ketam, udang, sotong, kepah dan juga sayuran jagung dan brokoli.
Apa lagi makan time le. Ratah jangan ratah, makan dengan nasi sekali ya kan tak kenyang pula.
Memang ketam ni besar, kami makan bertiga memang puas hati. Cuma satu aja, diharap pemilik restoran ni sediakan alatan untuk kita hantam ketam ni or bagi ketuk sikit ketam agar senang nak makan. Takkan nak expect gigit aja ketam ni. Udang memang saya suka dengan rasa butternya, sedap aja hisap kepala udang ni. Memang rasanya manis-manis aja macam rasa jagng pun ada.
Kan saya cakap ketam tadi besar. Sotong kari ni macam rasa kari sangat le, macam tak kena sikit dengan kombinasi dengan yang lain tapi itu cuma pendapat peribadi saya. 
Secara keseluruhan memang berpuas hati dengan rasa dan juga layanan mereka. By the way, masa pergi tu ada juga menu fries, nugget dan hotdog tapi ianya makanan tu tak siap lagi. Kalau tak siap ianay dikendalikan oleh pihak lain, masa tu diaorang tak sampai lagi kot. Itu kena make sure lain kali bila Sue & Tuya dibuka, orang yang jual makanan tu perlu ada juga. 
Kepah memang anak saya Afiqah suka sangat.
Semua sekali termasuk nasi dan minuman adalah RM66.90. Memang berbaloi harganya. Sebelum ni makan kat Ocean Hauz, RM125.95. So apa lagi kunjungilah Sue & Tuya Shell Out. Boleh whatsapp pemiliknya, Suhaila di 017-291 7842 untuk maklumat lanjut. Masa entri ni ditulis diaorang tak ambil booking so kenalah walk-in ya. Kalau datang awal tu memang tak ada masalah untuk dapatkan seat tapi kalau datang lebih kurang waktu maghrib tu memang ramai.

5 comments:

mama tisya said...

aritu ada kwn share juga..murah..ingt nk try time lunch tp xsilap ptg br buka

aarongrey112 said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

HeNRieTTa JoSe said...

harga berbaloi kan....besar ketamnya...biasa klu makan ketam aje 2 ekor dah mencecah harga tu...skank siap ada 4 menu....

Unknown said...

Rasa nk try lah... Seafood lover

Cho Zila said...

Oh nice info