Pages

Monday, March 28, 2016

Pendapatan Minima untuk Kehidupan yang Selesa di Kawasan Urban

Baru-baru ini saya ada attend briefing, antaranya mengenai berapakah gaji yang minima untuk kehidupan yang selesa di kawasan urban. Memang kita tahu kehidupan kat kawasan urban ni kos sara hidup amat tinggi lebih-lebih lagi ketidak efisen pengangkutan so nak tak nak memang beli kenderaan tu adalah amat perlu tidak kira motosikal ataupun kereta. So kalau dah ambil loan untuk let say kereta, pendapatan boleh guna untuk benda lain adalah berkurangan.

Anyway secara kasarnya, kalau kita single minima untuk comfortable life adalah RM2,700. Maybe dengan pendapatan tu pun sukar untuk hidup dengan selesa kan terutamanya kalau yang ada pinjaman PTPTN dan juga kad kredit.

Lepas tu pulak, bagi yang baru berkahwin, kos tersebut meningkat kepada RM4,700. Ini disebabkan oleh rumah maybe kena sewa or beli. Kalau masa bujang bolehlah sewa bilik kan? Then keperluan lain pula meningkat juga seperti makan, yalah kekadang nak masak pun fikir banyak kali since tinggal berdua aja, so makan kat luar, pas tu nak juga entertainment, pi main bowling ke, tengok movie ke dan pinjaman perkahwinan?

So macam mana pula bagi yang dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak let say? Mengikut study, paling kurang gaji seisi rumah perlu minima sebanyak RM7,200. Naik mendadak juga kan. Apa taknya, kos pelajaran anak, kalau yang kecil pula kena pampers, susu, pusat jagaan. Tambah pula dengan takaful pendidikan dan juga entertainment?

Apa-apa pun, kita cuba secara yang baik untuk mengelakkan daripada ambil loan yang tak perlu dan kurangkan perbelanjaan apa yang boleh. Apa-apa pun, wang bukan segalanya kan tapi dengan wang hidup kita boleh smooth sikit kan. Buatlah yang terbaik yang penting spend within your means or berbelanja mengikut kemampuan.

Apa lagi komen jangan tak komen.

3 comments:

rasp said...

bila pikir pasal kos terus rasa cam nak dok kat kampung je hahahahhahaha....

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

betul, kena elakkan loan yg bukan2. loan ni senyum sekejap, sakitnya berpanjangan!

mama tisya said...

dok kl ni mmg kena pk byk kos..nk2 kalo yg opis jauh...dgn kenaikan tol minyak...mn yg bole jimat kita jimat kn..smoga kita smua dimurahkan rezeki