Pages

Tuesday, February 2, 2016

Akhirnya Dapat Juga Mango Cheese Cake di Kula Cakes @Kuantan

Weekend lepas kami pi Kuantan. So lepas lunch kat Berjaya Megamall singgah kejap kat Kula Cakes yang bertempat di 98A, Jalan Besar, Kuantan. Nak tahu lebih lanjut boleh call 017-9711 396 atau 012-6644 054.
Ianya dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. By the way, kalau tak silap waktu perniagaan adalah dari kul 1.00 petang hingga 9 malam.
Kat dalam cafe ni tak banyak tempat duduk, ada le 2 meja.
Selain daripada mango cheese cake, nutella pavlova pun ada.
Toblerone cheese dan red velvet pun ada. Tapi for me, mango cheese cake yang sedap kat sini.
Kalau nak makan kat sini boleh pi kat sebelah cafe tu, luas juga kawasan tu dan ianya lebih santai.
Cantik juga hiasan kat sini.
Ada basikal yang digantung ya, teringat masa pi Penang, Art Street.
Afiqah tengah makan pavlova, not bad juga.
Tengok le mango cheese cake ni, memang sedap especially ada mango sos tu. Saya lebih prefer makan kek ni dalam keadaan ianya tak begitu keras since ianya jenis frozen, tunggu le kejap ya. 
Pavlova ni sedap juga tapi kat Alexis Garden lagi sedap.
Air pula beli iced cocoa dan pandan cooler. Yang pandan tu ada rasa serai gak.
Untuk semua ianya RM24.40.
Ni lepas makan kami tapau pula untuk bawa balik ke hotel.
Apa lagi kalau tak mango cheese cake
Satu lagi beli nutella pavlova. Yang nutella rasanya lebih sedap daripada yang original.
The next day kami singgah lagi kat Kula Cakes untuk bawa balik ke KL. So belilah 3 ketul lagi. Yang ni cakap kat diaorang nak travel so diaorang bungkus dalam aluminium foil dan letak sos mangga ni asing so tahan lama sikit dan rupan kek ni tak rosak sebab maklumlah keju kan mudah cair.

So semua sekali kami spend RM64.50 kat Kula Cakes Kuantan untuk menikmati mango cheese cake.

3 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Kek dia nampak sedap. Tapi rasanya paling best laman kat luar tu.


Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

eelobor said...

kek tu nampak cam sedap dan harga juga tak mahal sangat. tempat lepak sebelah cafe tu memang santai & menarik jer....

mama tisya said...

Nanti p kuantan ,nk try la..sbb slalu sgt tgk org pi mkn sini..terliurr dessert tu