Pages

Monday, August 8, 2016

Dah Tukar Simpanan KWSP Syariah

Sebelum ni saya ada tulis article mengenai pendaftaran akaun Syariah bagi pencarum KWSP. Alhamdulillah hari ni dapat saya daftar kat KWSP HQ. Memang teramat ramai orang yang datang untuk tujuan ini. Sambutan sungguh mengalakkan. By the way, kepada yang belum berbuat demikian, apa kata cepat-cepat convert akaun conventional kepada Syariah. Hanya RM100 billion atau lebih kurang 15% daripada jumlah caruman ahli akan dibuka untuk akaun syariah.

Mengikut KWSP, tiap-tiap tahun jumlah tersebut akan ditambah antara RM20 billion dan RM30 billion akan dibuka lagi. So yang penting kita cari yang berlandaskan syariah, baru tenang hidup kita, insyaAllah.

Prosesnya cukup mudah, just bawa kad pengenalan dan ianya akan disahkan dengan mesin yang mana kita letak ibu jari. Selepas tu, butir-butir seperti nama, alamat, nombor telefon dan email disahkan. Then staff KWSP akan print borang seperti kat atas tu then kita letak cap ibu jari. Then siap. Proses tak sampai 3 minit, cuma beratur memang kena sabar le ya.

Wednesday, July 13, 2016

Pokemon Go Malaysia

Sekarang ni di beberapa negara seperti US, Jepun, Germany dan Australia kecoh dengan game Pokemon Go. Game ni memang unik yang mana kita boleh menangkap haiwan pokemon kat real world. Maksudnya macam real le kat dalam rumah kita ke, kat tepi padang ke, tepi sungai ke, tasik ke, perhentian bas ke dan mana-mana le.

Kalau tak silap dalam masa 3 hari setelah Pokemon Go dilancarkan, saham Nintendo, pemegang utama Pokemon Go naik lebih kurang 50%.

Kat kebanyakkan negara pun mereka masih tertunggu-tunggu pelancaran Pokemon Go termasuk Malaysia. Bagi yang mempunyai telefon Android di Malaysia buat masa ini memang tak boleh download Pokemon Go ni kat Play Store.

So kenalah download kat APK then kena allow source from external.

Cuba download then tengok anak lelaki main. Tapi since kat Malaysia tak dilancarkan lagi so boleh tangkap seekor Pokemon then tak boleh buat apa-apa le. Actually kalau dalam game sebenar kita dapat cari Pokemon lain kat merata tempat then benda-benda lain bagi membolehkan Pokemon tu membesar.
Dapat tangkap seekor Charmander. 
Kan saya cakap tak ada apa-apa setelah kita tangkap. Kena tunggu Pokemon Go launch kat Malaysia nanti ya. 
Banyak lagi function ada tapi tak boleh buat apa-apa juga.
By the way, kalau nak tangkap Pokemon lain kenalah ada Poke Ball yang mana kita boleh cari kat real world dengan kita jalan-jalan dan on GPS. Tapi boleh juga beli. Itulah caranya syarikat pengeluar game ni buat income.
Tengoklah 100 Poke Coin tu dijual dengan harga RM3.99 yang mana ianya boleh ditukar dengan 20 Poke Ball. Tunggulah kemunculan Pokemon Go kat Malaysia nanti untuk tahu lebih lanjut sama ada sambutannya baik atau tidak.

Tuesday, June 21, 2016

Daftar Pada 8 Ogos 2016 untuk Simpanan Shariah KWSP

Bermula 8 Ogos 2016 hingga 23 Disember 2016, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), boleh menukar caruman daripada Akaun Konvensional kepada Akaun Shariah. Bagi peringkat pertama ianya dihadkan kepada RM100 bilion iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah caruman KWSP.

So apa lagi jangan lupa ya tarikh 8 Ogos 2016. Pencarum perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dan bawa kad pengenalan diri untuk pengesahan cap jari.

By the way, Akaun Shariah ni tidak menjamin minimum dividen sebanyak 2.5% seperti mana Akaun Konvensional. Tapi jangan risau, sekarang ni pun lebih kurang 45% daripada jumlah aset KWSP adalah berlandaskan Shariah.

Satu lagi since kita dah boleh pilih Shariah buat apa ambil konvensional kan?